Followers

Monday, January 17, 2011

:: GurinDam Hati, KEceLaruan Jiwa, PengorBan Si Suami,Membawa Kebahagiaan ::

assalam...kepada bloggers2..n pembaca blog yg setia..

Hari ni..tah kenapa hati ni rase sedih tersgt2...ok...semalam pegi jpe gynae, n then the gynae said, that im pregnant n he confirmed me 60% of pregnancy...according to the urine test lah..ok, a couple of days before , i had spotting brownish discharge...setitik dua jer....n hari ketiga plak , discharge tu kuar sebesar duit seposen tu..n bgtau the gynae, n he said that it is normal..we called it as "implantation bleeding" bererti, darah tu kuar disebabkan oleh pensenyawaan yg dh berlaku n proses si kecik itu menempel di dinding rahim ibunya..sesetengah ibu akan mengalami implantation bleeding, but sesetengah darinya tidak mengalami..so im the one of them yg mengalami....bila dgr gynae ckp cmtu, lega sikit hati ni n suami..but malam tu pulak..darah yg kuar tu , sebesar duit 20sen pulak, fyi, darah tu kuar kejap ade kejap xde...xseperti drh period yg heavy flow....Ya Allah, walaupun the gynae said its normal..tp hati isteri mane yg xrisau...suami mane yg xkeruan, apetah lg bila melihat isterinya dalam keadaan kemurungan..

mmg jiwa ni jd kcau bilau skrg...mulut n hati ni xberhenti2 doa kepada Allah..solat hajat etc..berhrp sgt agar Allah perkenankn doa ni, supaya kandungan xjadi ape2...tp adatlah manusia biasa, ketegangan tu mula terasa..org ckp, jgn stress2...tp kalau die berada di tmpt yg same, die jgk akan rase stress...its normal i guess..yes, implantation bleeding boleh berlaku,terutama apabila kita "bersama dgn suami"..n its normal...

pagi semalam..semua yg dibuat semua xsempurna...nk pegi keje cari baju pun xjpe...MOODY! itu yg dpt diungkapkan...si husband jd mangsa...ade je xkena..pdhal lgsg tiada silap darinya..tak tau nape jd cmni..tp die hanya sbr..n melayan kerenah tanpa sbrg bantahan...lgsg xdimarahnya ...hanya senyuman terukir diwajahnya..sbnrnya hati ni sendiri xpasti ape yg xkenanya kan...entahlah..kesian die...thanx Allah sbb kurniakan aku lelaki yg sbr...malam tu plak..lg sekali benda ni berlaku..dia ade tanyakan soalan, dan tak tau kenapa soalan tu jd sgt sensitif...die minta maaf berulang2 kali...kesiaannya.....

ahhh..emosi mmg xstabil skrg..si husband ckp..."xpelah syg, ade org berpuluh2 tahun menunggu baby, tp Allah xkurniakan lg kpd mrk..kalau ape2 jd pada baby kita..mngkin mmg bukan rezeki kita lg..or maybe baby tu kalau dilahirkan akan memudaratkn dirinya sendiri..ade sebab..tp hun rase, baby tu ade dalam rahim mummy die..dun worri...nnt hun ckp dgn baby yer..."..."baby, baby duduk diam2 dalam tu yer, jgn buat mummy risau...kesian mummy..baby tunggu tau kt situ..ayah nk tgk baby keluar dalam keadaan yg sempurna nnt...jgn nakal2 tau..(kata suami dalam keadaan yg tersedu,teresak2,sebak dengan linangan air mata)...and at 1am, ajak suami pegi 7e beli pregnancy test..dalam keadaan mengantuk..dia kuar jugak..n ini sudah kali keberapa die sanggup kuar malam2 buta,pegi beli upt n hantar pegi klinik...test upt sekali lg...still +..alhamdulillah..hrp2 baby mendgr ape yg ayahnya katakan td...


and IM SPEECHLESS.........walaupun begitu, sy puas dan gembira krn dia sentiasa ade disisi, mohon Allah memudahkn perjalanan kami..amin..=(

Sunday, January 16, 2011

:: GanGGuan Iblis Di saat kematian

Iblis Datang Menganggu Manusia Ketika Saat Kematian



Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu merayu Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.ť

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya..

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak ulamak yang membawa banyak kitab kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu."ť Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu."

Berkata ulamak Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami."ť

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.

Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.."

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. . Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

"Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."

src : Taman2 Syurga at yahoogroups dot com


SELINGAN..

Nabi SAW bersabda :

"Hendaklah kamu memberikannya makan apabila engkau sendiri telah menikmati makanan kamu, hendaklah kamu memberikannya pakaian setelah engkau sendiri berpakaian, janganlah engkau menamparnya di bahagian muka,tidak juga menyumpah seranahnya dan meninggalkannya berseorangan melainkan di dalam kawasan rumah kamu."
(Abu Daud)

Tanggungjawab suami:

1.. menjadi pemimpin anak isteri dalam rumahtangga.

2.. mengajarkan:
a.. ilmu tauhid supaya akidahnya betul dengan akidah ahli sunnah wal jamaah
b.. ilmu fiqah supaya segala ibadahnya betul dengan kehendak agama
c.. ilmu tasauf supaya ikhlas dalam beramal.

3.. memberi makan, minum, pakai dan tempat tinggal dari wang dan usaha yang halal.

4.. tidak menzalimi isteri iaitu dengan:
a.. memberi didikan agama yang sempurna
b.. memberi nafkah zahir dan batin secukupnya
c.. memberi nasihat serta menegur dan memberi tunjuk ajar jika melakukan maksiat dan kesalahan.
d.. bila memukul jangan sampai melampau.

Thursday, January 13, 2011

:: BABY ::

heeee....will let u knw later..

Tuesday, January 11, 2011

:: THE WEDDING ::

Assalam..

hurm..dh lama rupenya x mengupdate blog ni..almost 1 year..lama jgk tu..So, it will start dgn berita gembira..Alhamdulillah..akhirnya kami disatukan olehNya..semuanya berjalan dgn baik n lancar..sudah hampir 8 bulan kami hidup sebg suami isteri..Ya Allah, aku junjung atas limpah kurniaanMu agar jodoh antara kami kekal sehingga ke akhirat kelak..amin..

Perasaan yg paling indah adalah apabila saat diijabkabulkan..nerves pun ade, tp syukur adalah perkara yg paling dirasaikan...pikir punya pikir, cari punya cari, rupa2nya, dia lah jdoh yg aku nanti2kan selama ni...Alhamdulillah sekali lg Ya Allah, krn mengurniakan aku suami yg baik ..Sungguh indah n xdpt nk diungkapkan dengan kata2 betapa indahnya bahtera hubungan suci ini..Allah telah memudahkan segala2nya...betul ckp org, rezeki selepas kawin mmg bertambah2..hehehe..
hurm...selepas kawin semua pasangan inginkan baby..begitu jgk kami..yg paling excitednya EN HUBBY la..tp diawal perkahwinan kami, kami masih belum bersedia utk kearah itu..bukanlah bermaksud menolak rezeki etc, tp persediaan mental dan fizikal amat diperlukan memandang usia kami yg masih muda..kata org, masa muda inilah kene ade baby seramai mungkin..tp insyaAllah, Allah itu amat mndengar luahan hati dan perasaan kami..hari ini , InsyaAllah rezeki darinya akan bertambah...Alhamdulillah Ya Allah..

to be continue...

BUT, BUT,.....

here is bebrapa pictures of my wedding..sekadar untuk berkongsi..btw, nk ucap thanx kpd semua yg menjayakan Majlis kami..budi yg mmg tidak akan dpt dibalas di dunia..hanya Doa yg mengiringi anda semua..amin