Followers

Wednesday, April 20, 2011

:: RumahKu FantasiKu SyurgaKu ::

Weiiih..dah lama btol xmenulis di blog ni..busy sgt la kot..busy menguruskan badan ni ha sbnrnya..dh mcm dipam2 selepas keguguran hari tu..hahaha...org duk panggil kita bulat bulat xkesah laa...sbb..sbb..en suami ckp xbulat pun..(nk jaga hati la tu kot?)..haha.ape2 pun. ok jer kalau bulat janji hati manyak senang (nk sedapkan hati sndiri)!! haha..

ok berbalik pada tajuk entree , sbnrnya skrg lokasi tido kuarga kami dh bertukar..kalau dulunya di im15, skrg sudah im3..heavennya..sbb ade rumah baru..so xperlu dalam kepanasan tiap2 petang sbb umah lama tu kalau tgh hari dan ptg,matahari bukan main menegak atas umah..dah la depan umah xde umah lain mahupun pokok2..so mmg strategik la tiap2 ptg kene jemur kan..hahah..actually, sayang jgk kat umah lama sbb umah tu la umah pertama kami mengikat cinta selepas kawin ..hahahaha..byk sejarahnya walaupun xsampai setahun duduk kt situ...lg pulak umah tu dh dicat kaler hijau (kaler feveret makmentua den)..hahaha..hijau lime mmg cntik..tapi takpelah jodoh dgn umah tu xlama..=((..

1 april baru2 ni kami berpindahla ke lokasi baru..alhamdulillah..ade rezeki sikit yg Allah kasi..kami beli rumah di im3 tu..cantik!! memula xdela rase nk beli umah lg since kami ni xtau akan settle down di kuantan atau x..tp bila masuk umah tu tgk, tetibe je en suami ckp " sayang, kita beli nak x rumah ni..cantik..hun suke.." wahhh !! bagaikan org berpuasa disorong nasi kukus (hari ni sy berpuasa)..terus jer dgn sepantas kilat menjawab "OK!!SETUJU!!"..HAHAHAH.sape taknak umah sendiri kan??puas hati..lg pun umah ni sgt sesuai kalau dh ade anak 3 org pun still lagi selesa..malah bersesuaian sgt2 dgn harganya..sgt berpuas hati!!hehehe...bolehla,,utk young famili yg bru nk memulakan hidup..huhuhu..alhamdulillah..
ok, jap lg nk balik umah amik gmbr umah..then le ler preview kt bwoh ni...cer tunggu...!!=D

Monday, February 21, 2011

:: UBAT SEGALA PENYAKIT ::

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Hasan Al-Bashri seorang ulama’ terkemuka yang berasal dari Bashrah, Iraq menyaksikan seorang pemuda datang kepada seorang doktor yang menanyakan perkara berikut :

Wahai doktor, apakah tuan memiliki resepi atau ubat mujarab yang boleh menghapuskan dosa-dosa dan menyembuhkan penyakit hati?

Doktor itu menjawab : Ya!

Pemuda itu berkata lagi : Berikan pada saya resepi mujarab itu!

Doktor berkata : "Ambillah sepuluh bahan pelebur dosa itu :

SEPULUH BAHAN PELEBUR DOSA

PERTAMA :

Ambillah akar pohon rasa ‘fakir’ dan berhajat kepada Allah bersama dengan akar kerendahan hati yang tulus dan ikhlas kepada Allah.

KEDUA :

Jadikan ‘taubat’ sebagai campurannya.

KETIGA :

Lalu masukkan ia dalam wadah ‘ridha’ atas semua ketentuan dan takdir Allah.

KEEMPAT :

Campurkan dengan campuran ‘qana'ah’ rasa puas dengan apa yang telah Allah berikan kepada kita.

KELIMA :

Masukkan dalam kuali ‘takwa’.

KEENAM :

Tuangkan ke dalamnya air ‘rasa malu’.

KETUJUH :

Lalu didihkanlah dengan api ‘cinta’.

KELAPAN :

Kemudian masukkan dalam adunan ‘syukur’.

KESEMBILAN :

Serta keringkan dengan kipasan ‘harap’.

KESEPULUH :

Lalu akhirnya minumlah dengan sendok ‘pujian’.

Jika engkau mampu melakukannya pastilah engkau mampu mencegah penyakit dan berbagai ujian samada di dunia mahupun akhirat" jelas doktor itu.

APABILA HILANG RASA FAKIR

Ramai orang yang melakukan dosa dan kesalahan terhadap Allah kerana dia merasa cukup dengan kemampuan dirinya dan seakan-akan tidak lagi memerlukan (rasa fakir) kepada sesiapapun, termasuk pada Yang Maha Kaya.

Dia beranggapan bahwa dirinya mampu melakukan semua perkara dengan :

a. Kekuatannya.

b. Kemampuannya.

c. Potensi dirinya.

d. Tenaga dirinya.

Dia merasa bahwa semua yang dia dapatkan adalah hasil dari :

1. Kekuatan fikirannya.

2. Kemampuan ilmunya.

3. Kejernihan pengiraannya.

4. Kematangan perhitungannya.

Inilah yang berlaku kepada Qarun yang angkuh dengan harta yang dimilikinya yang kemudiannya Allah turunkan azab kepadanya dengan ditelankannya dia oleh bumi yang tidak lagi suka pada :

a. Kecongkakannya.

b. Kesombongannya.

c. Keangkuhannya.

yang dipamerkannya sehingga membuatkan bumi merasa marah.

APABILA HILANG RASA RIDHA

Sumber dosa lainnya adalah kerana orang itu ‘tidak ridha’ dengan apa yang Allah tetapkan pada dirinya.

Sering kali dari bibirnya keluar keluhan dan bahkan kritikan kepada Allah kenapa Allah tidak memberikan yang "terbaik" :

1. Menurut pandangannya.
2. Menurut persepsinya.
3. Menurut pemikirannya.

Dia menyangka bahwa apa yang dia alami ketika ini :

1. Tidaklah sesuai bagi dirinya.
2. Tidak patut untuk dirinya.
3. Tidak layak untuk diterima.

Dia seakan-akan lebih tahu dari Allah Yang Maha Tahu yang mengetahui dengan terperinci semua perkara samada yang baik mahupun yang buruk bagi hambaNya.

Inilah yang berlaku kepada Qabil tatkala menuntut ayahnya agar dia dikahwinkan dengan adik kembarnya padahal Allah swt telah menentukan keputusan yang lain untuknya.

Lambat kembali kepada Allah merupakan penyebab lain dari tidak terhapusnya dosa-dosa yang kita lakukan.

BERTAUBATLAH!

Berlaku mendapan dosa kerana seringkali kita menunda ‘taubat’ yang sepatutnya kita lakukan dengan cepat.

Padahal Allah swt memerintahkan kita untuk segera merapatkan diri kepada Allah setelah beberapa lama kita telah menjauhinya.

Getarkanlah hati kita semua dengan kesesalan di atas semua kesalahan yang kita lakukan.

Mereka seakan-akan tidak tahu bahwa Allah swt sentiasa menerima taubat hambaNya dan Allah sangat senang dengan taubat mereka.

Ini sebagaimana firman Allah swt :

“Tidakkah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya dan menerima sedekah, dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang?” (QS At-Taubah : 104)

APABILA HILANG RASA SYUKUR

Rasa tidak puas dengan apa yang Allah berikan pada kita merupakan penyakit kronik yang melahirkan :

1. Buruk sangka kepada Allah.

2. Menyangkal kehendak Allah.

3. Menyalahkan Allah.

Rasa tidak puas dengan kurniaan Allah akan mengecilkan rasa ‘syukur’ kita kepadaNya dan bahkan satu ketika akan memadamkannya.

APABILA HILANG RASA QANA’AH

Lenyapnya rasa ‘qana'ah’ di atas segala kurniaanNya akan membuahkan ketamakan dan ketamakan akan melahirkan kezaliman-kezaliman manakala dari kezaliman akan memunculkan kerosakan-kerosakan yang akan menghancurkan susunan kehidupan.

SEMARAKKAN RASA TAKWA

Jika dalam diri kita telah ada rasa kefakiran, rasa ridha dan qana'ah dan taubat maka semangat ‘takwa’ kepada Allah hendaknya kita pupuk terus menerus dan kita bina dengan saksama.

Ini adalah kerana ketakwaan itu laksana sebuah tanaman yang jika dibina dengan sebaik-baiknya maka dia akan tumbuh subur dan indah dan jika kita biarkan maka ketakwaan itu akan segera layu dan lesu.

Ketakwaan boleh kita sirami dengan dengan :

a. Rasa takut kepada Allah.

b. Mengamalkan nilai-nilai Al-Qur’an.

c. Puas dengan apa yang ada.

d. Mempersiapkan diri sepenuhnya untuk perjalanan akhir kita iaitu kematian.

Jadikan ‘takwa’ terus menerus tumbuh, berkembang dan berterusan sampai maut datang menjelang.

KEKUATAN RASA MALU

Hendaknya kita merangsang ketakwaan kita sehingga kita merasa ‘malu’ untuk melanggar setiap perintah dan larangan Allah samada di khalayak ramai ataupun bersendirian.

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (QS Ali Imran : 102)

HADIRKAN SEMANGAT CINTA

Ketakwaan kita akan semakin bermakna apabila yang menjadi pendorongnya adalah ‘cinta’ (mahabbah) kepada Allah.

‘Cinta’ kepada Allah sepenuh jiwa dan hati yang tidak lagi membuatnya berfikir atau merasa rugi dalam melaksanakan perintah dan anjuranNya.

Semangat cinta yang membakar hatinya akan sentiasa menggerakkannya untuk sentiasa :

1. Dekat denganNya.

2. Merapatkan diri kepadaNya.

3. Giat berusaha untuk mencapai ridha dan kasihNya.

4. Meminum melalui cawan rahmatNya.

dalam setiap langkah-langkah hidup dan goresan sejarahnya.

Rasa cintanya yang menggelegak kepada Allah akan sentiasa membuatkan :

a. Hidupnya terasa benar-benar bermakna.

b. Langkahnya penuh pasti menuju Kekasihnya.

c. Cawan cintanya sentiasa dipenuhi dengan air mata takwa, ridha, qana’ah, taubat, syukur, tawakkal dan sabar.

TINGGIKAN RASA HARAP

Bagi para pencinta, yang di’harap’kannya bukan lagi dirinya tapi Zat yang dicintainya dan dia :

1. Larut dalam gelombang kasihNya.

2. Larut dalam rahmatNya.

3. Masuk dalam dakapan ridhaNya.

PUJIAN YANG TIADA BATAS

Akhirnya pujian yang setinggi-tingginya hendaklah diangkat kepada Zat yang memang berhak untuk itu.

Oleh yang demikian, ramuan kefakiran kepada Allah adalah :

Taubat + Ridha + Qana'ah + Takwa + Malu + Cinta + Syukur + Harap + Pujian kepada Allah.

Di mana ianya akan membersihkan dosa kita serta mencairkan kesalahan kita.

Yakinlah bahwa resepi ini, selain mampu menghapuskan dosa kita, ia juga akan menambah kesegaran keimanan kita serta menambah tenaga keislaman kita dan memantapkan akar ihsan kita.

Selamat mencuba dan insyaAllah kita akan merasai khasiatnya dengan hasil jiwa yang segar dan jernih serta dosa yang minima setiap hari.

Ya Allah, berilah kemudahan kepada kami untuk kami menggunakan ubat dan resepi dariMu yang cukup berkesan untuk menimbulkan rasa fakir dan bergantung kepadaMu, menghapuskan segala dosa-dosa kami, menambah kesegaran keimanan kami serta memantapkan hakikat ihsan kami terhadapMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Tuesday, February 8, 2011

:: HONEYSTARS di BAndUnG ::

assalamualaikum to all bloggers2..

heee..entreee kali ni is all about bandung! our 3rd honeystarrssss...its just 3d2n stay sahaje..actually, our honeymoon ni di plan last minute sgt2...suddenly terasa mau bercuti kan..hurmm, actually, utk menghilangkan rase sedih selepas keguguran hari tu...waaaaaaaa...xde rezeki.xpelah,mencuba lagi..hehehe..rezeki semua di tangan Allah S.W.T...

so, kami plan to got for honeymoon 1-3 february ke bandung..at first plan to bali, tp memandangkan keadaan cuaca yg tidak menentu,hujan hujan dan hujan, kami tukar destination..hurmm..takut tsunami pulak kat bali kan.mane la nk tau..terutama cuaca skrg mmg lain mcm jer...

1st day - check in wisma bahagia hotel..hotelnya sangat cantik dan bagus..murah pun murah, hanya rm75 per night..tp kalau nk dibandingkan dengan hotel di malaysia, boleh dikatakan hotel di sana lebih baik bersesuaian dgn harganya.kalau di malaysia, rm75 tu hanyalah budget hotel..hehe..thanx to iqbal(lecturer nursing KSP) sbb booked bilik utk kami ...sesudah check in, kami dibawa oleh iqbal ke restoren khas sunda, for our lunch..perghh..masakan khas sunda sgt sedap..ayam bakakak nye mmg boleh meleleh air liur ni ...mana la nk dpt kt malaysia ni kan..tp yg uniknya ayam ni, dimasak sekali dengan kepala2 nya ..haha..nasib bek dh diminta utk buang kepala ayam tu..kalau x , mmg xlalu nk makan walaupun sedap..nasi sunda ni mcm pulut, sambal2nya mmg sgt sedap..aduhai,,selepas lunch, iqbal kami ke jalan cihampelas..tempat ni mmg sgt byk brg2 utk dishopping..harga sgt berpatutan gitu...selesai shopping, kami ke rumah kawan iqbal iaitu si millie n yulli..dua gadis yg sgt chumel!cewek! for dinner, kami sempat merasai mcd bandung.hurm.rasenya beda sekali....utk pengemar mcd mcm sy ni, boleh dikatakan mcd malaysia lg bagus n enak serta lazat..hehehehe...mcd di bandung kurennggg la...walaupun harganya lebih murah berbanding di sini..setelah selesai dinner..kami balik ke hotel...plan nya utk tido terus,,tp kami amik kesempatan utk walk around di sekitar hotel..beborak dgn org sekitarnya..


DAY 2:

pagi2 lagi kami bergerak ke pasar baru..waaarrghhhh....sini mmg syurga membeli belah..mcm dibeli..xcukup tangan kami ni..sekali dgn hubby n iqbal terpaksa membawa brg2 kami..hahahaha..shop til drop!!!!dari pagi hingga 330pm kami habiskan masa di pasar baru..bayangkan la..handbag!telekung solat!kebaya!baju2!t-shirt! mcm2 kami borong utk mak,abah,mama,sisters,brothers,friends..nk pegi lagi la!!!xpuas.hahahha

selesai di pasar baru, kami bergerak ke tangkuban perahu..menurut iqbal tangkuban perahu tutup at 6pm..hurm..OMG!! skrg sudah 4pm!!sempat ke...ni la akibatnya shopping xhinggat dunia kan..tp katanya iqbal, kalau xmacep(jam) sempat ke tangkuban perahu...berusaha la si iqbal membawa kami dgn menaiki toyota unser manualnya, dalam keadaan trafic yg macep..lastly...hurmm..tangkuban tutup!!sedihnya.........sdgkan tujuan utama ke bandung adalah utk pergi ke tangkuban..xpe2..akhirnya kami ke lembang..merasai ketan bakar, iaitu pulut yg digoreng dicicah bersama kuah kacang..enak!! jagung bakar juga ade...sedap jugak mcm kt cameron highland!

pulang dari lembang, bagi saya yg addicted to BAKSO, mmg teringin sgt la kan nk mencuba BAKSO ori dari indonesia...just wanna compare dgn malaysia punye.mane lg sedap..hahaha..so since dari Malaysia iqbal janji mahu bawa kami makan bakso, finally, tercapai juga...sebelum ke rumah iqbal,ketemu ibunya, kami sempat take away BAKSO MALANG...haha...unik namanya...hurmm..sedap baksonya..tp beza sikit dgn di Malaysia..tp dua2nya sedap!! sampai di rumah iqbal yg tidak jauh dgn hotel...kami pun ketemu sama ibu iqbal yg sangat friendly and sgt cantik! itula kesannya makan jamu dr muda gitu...hehe..so sila makan jamu ye ..(eee, xsedap kot?)

DAY 3 - early in the morning, around 4am, kami bertolak ke airport..flight kami at 6:05 am..ehehe...best jugak fly pagi2 subuh nie..xpernah lg fly early in the morning..so sampainya ke LCCT KUL at 9:10 am...n terus head back to ktn, sebelum tu sempat lagi singgah times square..shopping skit..!!hehehe..


tourism is a part of exchanging culture, ethics, and believes between 1 or 2 or ++ regions...rugi btol pada yg xsuka melancong kan..=))..selagi muda ni la masa utk berjalan2 di tmpt org...luas pandangan jauh pengalaman..hehe..so for our next honeymoon...tungguuu....bwh ni ade a few pictures yg sempat diambil , CHECK IT OUT!!







TEMAN2











:: TEGAR ::


Download this mp3 from Beemp3.com


Tegar
Artist: Rossa



Tergoda aku 'tuk berfikir
Dia yang tercinta
Mengapa t'lah lama tak nampak
Dirimu disini
Jangankan ingin ku tersenyum
Tak ada gairah
Kuingin s'lalu bersamamu

Kini ku resah...
Diriku lemah tanpamu
Oh... oh...

Gapai semua jemariku
Rangkul aku dalam bahagiamu
Kuingin bersama berdua selamanya
Jika kubuka mata ini
Kuingin s'lalu ada dirimu
Dalam kelemahan hati ini
Bersamamu... Aku tegar...

Aku tegar

Monday, January 17, 2011

:: GurinDam Hati, KEceLaruan Jiwa, PengorBan Si Suami,Membawa Kebahagiaan ::

assalam...kepada bloggers2..n pembaca blog yg setia..

Hari ni..tah kenapa hati ni rase sedih tersgt2...ok...semalam pegi jpe gynae, n then the gynae said, that im pregnant n he confirmed me 60% of pregnancy...according to the urine test lah..ok, a couple of days before , i had spotting brownish discharge...setitik dua jer....n hari ketiga plak , discharge tu kuar sebesar duit seposen tu..n bgtau the gynae, n he said that it is normal..we called it as "implantation bleeding" bererti, darah tu kuar disebabkan oleh pensenyawaan yg dh berlaku n proses si kecik itu menempel di dinding rahim ibunya..sesetengah ibu akan mengalami implantation bleeding, but sesetengah darinya tidak mengalami..so im the one of them yg mengalami....bila dgr gynae ckp cmtu, lega sikit hati ni n suami..but malam tu pulak..darah yg kuar tu , sebesar duit 20sen pulak, fyi, darah tu kuar kejap ade kejap xde...xseperti drh period yg heavy flow....Ya Allah, walaupun the gynae said its normal..tp hati isteri mane yg xrisau...suami mane yg xkeruan, apetah lg bila melihat isterinya dalam keadaan kemurungan..

mmg jiwa ni jd kcau bilau skrg...mulut n hati ni xberhenti2 doa kepada Allah..solat hajat etc..berhrp sgt agar Allah perkenankn doa ni, supaya kandungan xjadi ape2...tp adatlah manusia biasa, ketegangan tu mula terasa..org ckp, jgn stress2...tp kalau die berada di tmpt yg same, die jgk akan rase stress...its normal i guess..yes, implantation bleeding boleh berlaku,terutama apabila kita "bersama dgn suami"..n its normal...

pagi semalam..semua yg dibuat semua xsempurna...nk pegi keje cari baju pun xjpe...MOODY! itu yg dpt diungkapkan...si husband jd mangsa...ade je xkena..pdhal lgsg tiada silap darinya..tak tau nape jd cmni..tp die hanya sbr..n melayan kerenah tanpa sbrg bantahan...lgsg xdimarahnya ...hanya senyuman terukir diwajahnya..sbnrnya hati ni sendiri xpasti ape yg xkenanya kan...entahlah..kesian die...thanx Allah sbb kurniakan aku lelaki yg sbr...malam tu plak..lg sekali benda ni berlaku..dia ade tanyakan soalan, dan tak tau kenapa soalan tu jd sgt sensitif...die minta maaf berulang2 kali...kesiaannya.....

ahhh..emosi mmg xstabil skrg..si husband ckp..."xpelah syg, ade org berpuluh2 tahun menunggu baby, tp Allah xkurniakan lg kpd mrk..kalau ape2 jd pada baby kita..mngkin mmg bukan rezeki kita lg..or maybe baby tu kalau dilahirkan akan memudaratkn dirinya sendiri..ade sebab..tp hun rase, baby tu ade dalam rahim mummy die..dun worri...nnt hun ckp dgn baby yer..."..."baby, baby duduk diam2 dalam tu yer, jgn buat mummy risau...kesian mummy..baby tunggu tau kt situ..ayah nk tgk baby keluar dalam keadaan yg sempurna nnt...jgn nakal2 tau..(kata suami dalam keadaan yg tersedu,teresak2,sebak dengan linangan air mata)...and at 1am, ajak suami pegi 7e beli pregnancy test..dalam keadaan mengantuk..dia kuar jugak..n ini sudah kali keberapa die sanggup kuar malam2 buta,pegi beli upt n hantar pegi klinik...test upt sekali lg...still +..alhamdulillah..hrp2 baby mendgr ape yg ayahnya katakan td...


and IM SPEECHLESS.........walaupun begitu, sy puas dan gembira krn dia sentiasa ade disisi, mohon Allah memudahkn perjalanan kami..amin..=(

Sunday, January 16, 2011

:: GanGGuan Iblis Di saat kematian

Iblis Datang Menganggu Manusia Ketika Saat Kematian



Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu merayu Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.ť

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya..

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak ulamak yang membawa banyak kitab kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu."ť Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu."

Berkata ulamak Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami."ť

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.

Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.."

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. . Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

"Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."

src : Taman2 Syurga at yahoogroups dot com


SELINGAN..

Nabi SAW bersabda :

"Hendaklah kamu memberikannya makan apabila engkau sendiri telah menikmati makanan kamu, hendaklah kamu memberikannya pakaian setelah engkau sendiri berpakaian, janganlah engkau menamparnya di bahagian muka,tidak juga menyumpah seranahnya dan meninggalkannya berseorangan melainkan di dalam kawasan rumah kamu."
(Abu Daud)

Tanggungjawab suami:

1.. menjadi pemimpin anak isteri dalam rumahtangga.

2.. mengajarkan:
a.. ilmu tauhid supaya akidahnya betul dengan akidah ahli sunnah wal jamaah
b.. ilmu fiqah supaya segala ibadahnya betul dengan kehendak agama
c.. ilmu tasauf supaya ikhlas dalam beramal.

3.. memberi makan, minum, pakai dan tempat tinggal dari wang dan usaha yang halal.

4.. tidak menzalimi isteri iaitu dengan:
a.. memberi didikan agama yang sempurna
b.. memberi nafkah zahir dan batin secukupnya
c.. memberi nasihat serta menegur dan memberi tunjuk ajar jika melakukan maksiat dan kesalahan.
d.. bila memukul jangan sampai melampau.

Thursday, January 13, 2011

:: BABY ::

heeee....will let u knw later..